Saturday 6 July 2013

SEMARAKKAN SEMANGAT RAMADHAN !!!

Assalamualaikum......

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Best kan? Nampak tak Allah sayang kat kita sebenarnya? Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan lah antara bulan yang istimewa..kenapa bukan bulan lain? Sebab....bulan Ramadhan ni ada Lailatul Qadar. tau pasal Malam Seribu Bulan ni? Takpe, nanti aku post kat entri yang akan datang. Yang penting malam itu adalah malam yang saaangatlah special ! Time tu segala doa kita dimakbulkan, pahala kita dalam ibadat pun digandakan tau..SUBHANALLAH...

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Ya Allah....jangan lah kita sia-siakan amalan kita dalam bulan Ramadhan ni. Terus UPGRADE dan UPDATE segala doa dan juga segala amalan kita. Dalam bulan ni apa perbuatan baik yang kita lakukan walaupun tanpa kita sedar sekaligus Allah akan terima. Tapi kalau boleh, jangan lah time bulan Ramadhan ni je buat semua tu. Sentiasa istiqamah. Ini peringatan bersama tau...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


SETAHUN SEKALI je. Takde banyak-banyak kali Ramadhan ni sampai kat kita. Kita tak tau bila ajal kita kan? Mana lah tau kot-kot kita tak sempat mengimarahkan Ramadhan tahun depan. Sayang kalau kita biarkan Ramadhan tu berlalu macam tu je tanpa kita isi dengan amalan baik..Hindarkan diri daripada dosa. Walaupun dengan hanya dosa hati. Kalau kita dah buat macam-macam amalan, tapi kita masih buat dosa, habislah pahala kita terganggu.

(Sumber lagu : RAMADHAN BULAN BERKAT-HIJJAZ)

Saudara Saudari sekalian....
Haa!! Ramadhan bakal datang dalam masa beberapa hari je lagi kan..
dah bersedia? Sepatutnya kita sambut kedatangan Ramadhan ni dengan lebih meriah daripada sambutan hari raya tau. Tapi kena ingat, kita bukan sambut dengan perkara-perkara yang tidak elok. Tapi,kita sambut dengan amalan serta ibadah yang berterusan kepada Allah...  Sama-sama kita semarakkan Ramadhan yang bakal datang ni dengan penuh semangat. INSYAALLAH. Semoga Allah redha.

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN... :D

Wassalam.

Saturday 5 January 2013

AFTER NINE MONTHS !!

Assalamualaikum everybody....sayang2semua.

SEMBILAN BULAN. Kalau orang yang mengandung dah bersalin dah..haha.
itulah yang berlaku kat blog aku.sembilan bulan tak update blog ni hah..dah bersawang2,sarang labah-labah,sarang buaya,burung,..semua ada lah..meh sini aku nak bersihkan.
sebenarnya aku nak share ngan korang perkembangan terbaru aku..haaa !! nak tau x??jom2..

Di sinilah bermulanya empayar kerajaan aku. actually,aku sambung belajar kat sini. Sini jela yang mampu kann...sekarang ni aku sedang menyambung pengajianku dalam Diploma Kaunseling. Aku belajar kat Kolej Universiti Islam Melaka. Tak kisahlah ape orang nak kata. nak cakap aku orang kaya sebab belajar kat IPTS ke..nak cakap aku punye result tak bagus ke...aku peduli ape.biar lah orang terus berkata. Sebab bagi aku, orang yang terus nak cari salah orang ni sebenarnya orang yang tak pernah bersyukur dengan ape yang dia dapat. Aku dah tak kisah dah. Kalau dulu, aku mesti fikir ape orang akan cakap kalau aku buat sesuatu tu....lagi2 bile aku tak dapat IPTA kann....huh.Jenuh aku nak menjawab soalan makcik2 kepoh sebelah2 rumah tu bile cakap pasal ni. Ade kang cerita aku terbang bersepoi2. Tau2 dah sampai kat orang yang rumahnye 100km dari rumah aku. Itulah makcik2 ni. nak kata menyibuk,macam tak sampai hati. tapi kalau tak tahu tu,tak payahlah sampai sebar yang bukan2..tak fikir perasaan orang lain ke...
yang jadi mangsa keadaan, KELUARGA..kalau bukan mak,abah.kesian diorang kena perli lah..ape lah..
jadi satu masalah ke bila kita sambung belajar kat IPTS hah? Tu yang aku tak faham dengan mentaliti orang melayu ni. Kalau nak beza kan dengan anak masing2 tu,tak perlu kot..
Dah2,penat cakap pasal makcik2 ni kan?hahaha

ok.kita pindah pulak pada kisah perjalanan aku kat sini.Alhamdulillah,everything's okay..

AHLI 26-03 SAIDINA HASSAN

Ni lah kawan2 aku kat sini.best la diorang..haha.diorang ni memang terbaik lah..actually,ade 9 orang.tapi lagi 2 orang tu india mari...hihihi..sori tak layan.tak ngam lah..ade assabiyah sikit disini ye..jangan marah...!
semua semester yang sama ngan aku.semua dalam kos yang sama....meh sini kite kenal2...yang hujung belah kiri,atin (melaka),aku (johor),nabilah (kedah) ,syasya(melaka),ila(melaka).yang duduk belah kiri tu along(kedah).sebelahnya kak meera(johor). jadi kat sini ade warga2 3 negeri yang selalu mempertahankan dan berbangga2 dengan negeri memasing...huhu..itulah hakikat.kena terima.

akhir kata,semoga persahabatan berkekalan sampai ke anak cucucicit.. :D

nanti2 kite jumpe lagi ye..babai !

wassalam.