Wednesday 8 July 2015

SUDAH. TAPI BELUM..


Assalamualaikum..

'' Pertemuan kita di suatu hari.
Menitipkan ukhuwah yang sejati.
Bersyukurlah ke hadrat Ilahi. 
Diatas jalinan yang suci. ''

TIGA TAHUN.
Nampak macam lama. Tapi sebenarnya sekejap sangat. Terlalu sekejap.
Kadang-kadang, nampak jugak macam sekejap. Tapi terasa lama sangat. Terlalu lama.

Manusia. Mudah lupa. Terpedaya. Rasa bersyukur kadangkala hilang, tiada.

2012-2015 (Tiga Tahun)

Semester 1 - (Jun 2012 - Oktober 2012)
Semester 2 - (Disember 2012 - April 2013)
Semester 3 - (Jun 2013 - Oktober 2013)
Semester 4 - (Disember 2013 - April 2014)
Semester 5 - (Jun 2014 - Oktober 2014)
Semester 6 - (Disember 2014 - April 2015)

Aku sebenarnya tak tau nak describe camne kisah tiga tahun ni. Ada suka, ada duka.
Ada senyum, ada terluka, ada terguris, ada mengata, ada menangis, ada ketawa..

Pelbagai kisah. Biarlah tersimpul rapi dalam kenangan.

Tiga tahun yang aku lalui di Kolej Universiti Islam Melaka ni sebenarnya banyak ajar aku erti sebuah kehidupan.
Terima Kasih kepada yang pernah datang dalam lingkungan tiga tahun ini. Terima kasih sebab tanpa kehadiran anda semua, kisah tu takkan jadi.

terima kasih kepada yang pernah pergi sebelum ni, dan hadir lagi.
terima kasih kepada yang pernah hadir dan terus pergi tak balik-balik lagi.
terima kasih kepada yang pernah hadir dan masih setia sehingga kini.

''TERIMA KASIH AWAK SEMUA.
sebab sudi jadikan kisah hidup saya pelbagai warna. :) ''

kejayaan barisan kepimpinan Kelab Kaunseling 7
DIPLOMA KAUNSELING H
adik beradik lain mak lain bapak. sayang korang !!
BESTFRIEND (orang first yang dijumpai masa mula2 masuk hostel)
geng duduk serumah 26-03 Saidina Hassan 
Kelab Kaunseling 8

tanggungjawab :)

pengarang jantung. penyeri suasana. <3

Orang kuat Kelab Kaunseling 7 & 8 tau !! huhu

Kelab Kaunseling 7 

Kejayaan Kelab Kaunseling 7 

Kelab Kaunseling 7

zaman naik bas ke hulu ke hilir nak meronggeng. :D

SUKAN SISWI 

sukan ke ni? ke duduk saja bergambo?

hilangkan stress ke ulu bendul before final exam sem 4 !

meeting kelab kaunseling 8

jawatan bersama pengarang jantung penyeri suasana tadi :D

kejayaan kepimpinan Kelab Kaunseling 8

barisan kepimpinan Kelab Kaunseling 8

 Antara yang pernah hadir dalam hidup di Kolej yang penuh tarbiah ni.
Terima Kasih sekali lagi.

Kan kuutuskan salam ingatanku 
Dalam doa kudus spanjang waktu
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Diatas perpisahan ini..

Semoga Allah berkati hidup kalian. In Sha Allah. :)

'' SUDAH terpisah. TAPI BELUM berpisah. Kerana pertemuan kita semua kerana Allah ''


Wassalam.

Saturday 6 July 2013

SEMARAKKAN SEMANGAT RAMADHAN !!!

Assalamualaikum......

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Best kan? Nampak tak Allah sayang kat kita sebenarnya? Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan lah antara bulan yang istimewa..kenapa bukan bulan lain? Sebab....bulan Ramadhan ni ada Lailatul Qadar. tau pasal Malam Seribu Bulan ni? Takpe, nanti aku post kat entri yang akan datang. Yang penting malam itu adalah malam yang saaangatlah special ! Time tu segala doa kita dimakbulkan, pahala kita dalam ibadat pun digandakan tau..SUBHANALLAH...

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Ya Allah....jangan lah kita sia-siakan amalan kita dalam bulan Ramadhan ni. Terus UPGRADE dan UPDATE segala doa dan juga segala amalan kita. Dalam bulan ni apa perbuatan baik yang kita lakukan walaupun tanpa kita sedar sekaligus Allah akan terima. Tapi kalau boleh, jangan lah time bulan Ramadhan ni je buat semua tu. Sentiasa istiqamah. Ini peringatan bersama tau...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


SETAHUN SEKALI je. Takde banyak-banyak kali Ramadhan ni sampai kat kita. Kita tak tau bila ajal kita kan? Mana lah tau kot-kot kita tak sempat mengimarahkan Ramadhan tahun depan. Sayang kalau kita biarkan Ramadhan tu berlalu macam tu je tanpa kita isi dengan amalan baik..Hindarkan diri daripada dosa. Walaupun dengan hanya dosa hati. Kalau kita dah buat macam-macam amalan, tapi kita masih buat dosa, habislah pahala kita terganggu.

(Sumber lagu : RAMADHAN BULAN BERKAT-HIJJAZ)

Saudara Saudari sekalian....
Haa!! Ramadhan bakal datang dalam masa beberapa hari je lagi kan..
dah bersedia? Sepatutnya kita sambut kedatangan Ramadhan ni dengan lebih meriah daripada sambutan hari raya tau. Tapi kena ingat, kita bukan sambut dengan perkara-perkara yang tidak elok. Tapi,kita sambut dengan amalan serta ibadah yang berterusan kepada Allah...  Sama-sama kita semarakkan Ramadhan yang bakal datang ni dengan penuh semangat. INSYAALLAH. Semoga Allah redha.

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN... :D

Wassalam.

Saturday 5 January 2013

AFTER NINE MONTHS !!

Assalamualaikum everybody....sayang2semua.

SEMBILAN BULAN. Kalau orang yang mengandung dah bersalin dah..haha.
itulah yang berlaku kat blog aku.sembilan bulan tak update blog ni hah..dah bersawang2,sarang labah-labah,sarang buaya,burung,..semua ada lah..meh sini aku nak bersihkan.
sebenarnya aku nak share ngan korang perkembangan terbaru aku..haaa !! nak tau x??jom2..

Di sinilah bermulanya empayar kerajaan aku. actually,aku sambung belajar kat sini. Sini jela yang mampu kann...sekarang ni aku sedang menyambung pengajianku dalam Diploma Kaunseling. Aku belajar kat Kolej Universiti Islam Melaka. Tak kisahlah ape orang nak kata. nak cakap aku orang kaya sebab belajar kat IPTS ke..nak cakap aku punye result tak bagus ke...aku peduli ape.biar lah orang terus berkata. Sebab bagi aku, orang yang terus nak cari salah orang ni sebenarnya orang yang tak pernah bersyukur dengan ape yang dia dapat. Aku dah tak kisah dah. Kalau dulu, aku mesti fikir ape orang akan cakap kalau aku buat sesuatu tu....lagi2 bile aku tak dapat IPTA kann....huh.Jenuh aku nak menjawab soalan makcik2 kepoh sebelah2 rumah tu bile cakap pasal ni. Ade kang cerita aku terbang bersepoi2. Tau2 dah sampai kat orang yang rumahnye 100km dari rumah aku. Itulah makcik2 ni. nak kata menyibuk,macam tak sampai hati. tapi kalau tak tahu tu,tak payahlah sampai sebar yang bukan2..tak fikir perasaan orang lain ke...
yang jadi mangsa keadaan, KELUARGA..kalau bukan mak,abah.kesian diorang kena perli lah..ape lah..
jadi satu masalah ke bila kita sambung belajar kat IPTS hah? Tu yang aku tak faham dengan mentaliti orang melayu ni. Kalau nak beza kan dengan anak masing2 tu,tak perlu kot..
Dah2,penat cakap pasal makcik2 ni kan?hahaha

ok.kita pindah pulak pada kisah perjalanan aku kat sini.Alhamdulillah,everything's okay..

AHLI 26-03 SAIDINA HASSAN

Ni lah kawan2 aku kat sini.best la diorang..haha.diorang ni memang terbaik lah..actually,ade 9 orang.tapi lagi 2 orang tu india mari...hihihi..sori tak layan.tak ngam lah..ade assabiyah sikit disini ye..jangan marah...!
semua semester yang sama ngan aku.semua dalam kos yang sama....meh sini kite kenal2...yang hujung belah kiri,atin (melaka),aku (johor),nabilah (kedah) ,syasya(melaka),ila(melaka).yang duduk belah kiri tu along(kedah).sebelahnya kak meera(johor). jadi kat sini ade warga2 3 negeri yang selalu mempertahankan dan berbangga2 dengan negeri memasing...huhu..itulah hakikat.kena terima.

akhir kata,semoga persahabatan berkekalan sampai ke anak cucucicit.. :D

nanti2 kite jumpe lagi ye..babai !

wassalam.


Saturday 4 February 2012

KERAMAT TARIKH 12 RABIULAWAL (kelahiran yang dinanti)


ASSALAMUALAIKUM...

Bersempena dengan ulangtahun keputeraan

JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W
pada 12 Rabiulawal atau lebih di kenali dengan tahun gajah,
dimana pada tahun tersebut tentera bergajah Abrahah
dapat ditumpaskan.. mari kita menghayati sejenak
kisah2 dan sumbangan besar pemimpin junjungan kita,
NABI MUHAMMAD S.A.W atau nama Baginda,
Muhammad bin Abdullah yang memberi maksud terpuji.

Kelahiran yang begitu istimewa ini menjadi satu penantian

yang amat bermakna dalam sejarah islam dahulu..
Kemunculan Baginda yang akan menjadi Rasul
yang terakhir bagi umat Islam sentiasa menjadi perbualan
dan juga mewujudkan sarang kebimbangan bagi para musuh Islam.

Kita sebagai umat seringkali alpa dan leka dengan segala sumbangan

yang telah diberikan oleh pemimpin terbesar Islam,Rasulullah...
Walaupun pada hakikat yang sebenar,Baginda telah banyak berjasa
terhadap umat Islam..
Malah,ketika Baginda dalam riwayat terakhir,
Baginda masih memikirkan tentang umat Islam...
sangat jelas kan pengorbanan Rasulullah...???



Tiba-tiba  dari luar pintu terdengar 
seorang yang berseru mengucapkan salam.
 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. 
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
'Siapakah itu wahai anakku?' 
'Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. 
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu
dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
 hendak dikenang.
 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
 dialah yang memisahkan pertemuan di  dunia.
 dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, 
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan 
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya 
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh
kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', 
tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu'
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan. 
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 
'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, 
aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, 
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. 
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' 
Perlahan Rasulullah mengaduh. 
Fatimah terpejam,
Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam
dan Jibril memalingkan muka. 
'Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' 
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 
'Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal,' 
kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,
karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini,
timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin,
kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,!
Ali segera mendekatkan telinganya. 
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan 
peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan telinganya 
ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' 
- 'Umatku, umatku, umatku' dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

*Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita......
hayatilah teman-teman...:)

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI-RAIHAN

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah

Tak pernah ku tatap wajahmuYa Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma solli 'alaa MuhammadYa Robbi solli 'alaihi wassalim
Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)

Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Ya Rasulullah, Ya HabiballahTerimalah kami sebagai umatmuYa Rasulallah, Ya Habiballah

Kurniakanlah syafaatmu

wassalam.

Saturday 31 December 2011

UMMU MIHJAN BEKERJA KERANA ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM....

Zaman sekarang ni terlalu ramai graduan yang menganggur 
kerana tidak mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan..
namun,kita sedar atau tidak ?
bahawa sesungguhnya kita boleh 
melakukan apa jua pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan yang ada??
tidakkah anda tahu redha ALLAH  itu ada dimana saja?
asalkan pekerjaan yang dilakukan itu halal 
dan membawa kepada kebaikan..
jom kita tengok kisah benar srikandi islam pd zaman Nabi Muhammad 
yang sanggup berjihad di jalan ALLAH dengan pekerjaan biasa yang dilakukan oleh orang zaman sekarang..

UMUR BUKAN HALANGAN

Keikhlasan hati dan kesungguhan yang diperlukan untuk berjihad dalam Islam tidak kira dalam apa-apa jua cara sekalipun.
Seperti mana kisah wanita tua salah seorang penduduk Madinah ini yang sanggup bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Nabawi. 
Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti ini kerana dicemuh masyarakat.

Ummu Mihjan merupakan wanita berkulit hitam didalam golongan orang-orang miskin yang sentiasa mendapat perhatian Rasulullah SAW.
Menyedari dirinya yang sudah tua serta tidak berupaya, 
dia menggagahkan diri untuk berkhidmat demi ALLAH.
Oleh itu,dia membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Masjid Nabawi seperti menyapu dan membuang sampah yang berselerakan dikawasan masjid.

SENTIASA DIINGATI NABI MUHAMMAD SAW

Oleh sebab kerajinannya itu, Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengingati jasa bakti orang tua itu.
Kerja kerasnya memberikan keselesaan dan kesenangan kepada setiap umat Islam yang memasuki Masjid Nabawi. Tempat suci itu bukan saja tempat untuk mengerjakan solat, tetapi untuk berdiskusi juga.
Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat sekarang yang memilih pekerjaan, pastinya pekerjaan seumpama ini tidak ingin dilakukan kerana tarafnya rendah, gajinya sedikit..
Tetapi lain pula dengan Ummu Mihjan ini yang langsung tidak berasa malu dan merendah diri dengan apa yang dilakukan.
Baginya kewajipan terhadap agama telah dilaksanakan kerana itu sahaja ibadah pekerjaan paling maksimum 
dia boleh lakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tugasnya berkekalan hingga beliau wafat, pada saat hari sudah larut malam.
Dengan rasa penuh penghormatan, para sahabat telah membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad SAW namun ketika itu baginda sedang lena tidur.
Para sahabat sepakat untuk mempercepatkan proses pemakamannya selepas dimandikan dan disolatkan 
walaupun tanpa kehadiran kekasih ALLAH itu.
Keesokan hari, lantas Rasulullah SAW menyedari akan ketiadaan wanita tua itu 
lalu para sahabat bercerita kepada baginda perkara yang sebenar.

wassalam.