Saturday 31 December 2011

UMMU MIHJAN BEKERJA KERANA ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM....

Zaman sekarang ni terlalu ramai graduan yang menganggur 
kerana tidak mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan..
namun,kita sedar atau tidak ?
bahawa sesungguhnya kita boleh 
melakukan apa jua pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan yang ada??
tidakkah anda tahu redha ALLAH  itu ada dimana saja?
asalkan pekerjaan yang dilakukan itu halal 
dan membawa kepada kebaikan..
jom kita tengok kisah benar srikandi islam pd zaman Nabi Muhammad 
yang sanggup berjihad di jalan ALLAH dengan pekerjaan biasa yang dilakukan oleh orang zaman sekarang..

UMUR BUKAN HALANGAN

Keikhlasan hati dan kesungguhan yang diperlukan untuk berjihad dalam Islam tidak kira dalam apa-apa jua cara sekalipun.
Seperti mana kisah wanita tua salah seorang penduduk Madinah ini yang sanggup bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Nabawi. 
Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti ini kerana dicemuh masyarakat.

Ummu Mihjan merupakan wanita berkulit hitam didalam golongan orang-orang miskin yang sentiasa mendapat perhatian Rasulullah SAW.
Menyedari dirinya yang sudah tua serta tidak berupaya, 
dia menggagahkan diri untuk berkhidmat demi ALLAH.
Oleh itu,dia membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Masjid Nabawi seperti menyapu dan membuang sampah yang berselerakan dikawasan masjid.

SENTIASA DIINGATI NABI MUHAMMAD SAW

Oleh sebab kerajinannya itu, Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengingati jasa bakti orang tua itu.
Kerja kerasnya memberikan keselesaan dan kesenangan kepada setiap umat Islam yang memasuki Masjid Nabawi. Tempat suci itu bukan saja tempat untuk mengerjakan solat, tetapi untuk berdiskusi juga.
Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat sekarang yang memilih pekerjaan, pastinya pekerjaan seumpama ini tidak ingin dilakukan kerana tarafnya rendah, gajinya sedikit..
Tetapi lain pula dengan Ummu Mihjan ini yang langsung tidak berasa malu dan merendah diri dengan apa yang dilakukan.
Baginya kewajipan terhadap agama telah dilaksanakan kerana itu sahaja ibadah pekerjaan paling maksimum 
dia boleh lakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tugasnya berkekalan hingga beliau wafat, pada saat hari sudah larut malam.
Dengan rasa penuh penghormatan, para sahabat telah membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad SAW namun ketika itu baginda sedang lena tidur.
Para sahabat sepakat untuk mempercepatkan proses pemakamannya selepas dimandikan dan disolatkan 
walaupun tanpa kehadiran kekasih ALLAH itu.
Keesokan hari, lantas Rasulullah SAW menyedari akan ketiadaan wanita tua itu 
lalu para sahabat bercerita kepada baginda perkara yang sebenar.

wassalam.

Friday 30 December 2011

PENGALAMAN + PEMERHATIAN = PENGAJARAN


ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah....
Bertemu kite kembali,,,walau muka x kelihatan,
tp perkongsian  yg aku tunjukkan,,,
Aku ada satu cerita...
Suatu pagi,,
setelah selesai membersihkan kawasan kedai,,
dah siap buat semua kerja yg patut aku buat,
aku duduk kat luar kedai sorang2...
sambil termenung,,,xtahu lah apa yg aku menungkan,,

Tiba2 aku nmpak sekor kucing,,bulu dia lebat,,
warna bulunya kelabu n coklat.,kucing ni bunting,,
"comelnye haiwan kesayangan Rasulullah nie..."
terlintas dalam kotak fikiran aku..
subhanallah...jarang aku terfikir camtu..
Bukan apa,,
aku suka tengok kucing,tp x suka sgt pegang kucing ..
x kesah lah comel ke tak,,
aku x geli,,tp aku takot kne cakar...hehe,,,

Yg uniknya,,,bila aku pandang muka kucing tu,,
kucing tu terus mengiau-ngiau n dtg dkt dgn aku,,
dia menggesel2 badannya kat kaki aku..
aku terkejut,,cz jrg ade kucing liar yg nk mnje2 cmni,.
paling2 kalau x kena cakar,
mesti kena muka bengis kucing liar tu,,,
tp kucing ni lain,,,
dia terus gesel2 badan die kat kaki aku,,
Tanpa diduga,,,ana sentuh dan belai lembut kucing tu,,
x tahu kenapa tiba2 naluri nak belai kucing tu datang,,,
subhanallah,,,

Bile ada customer datang,
semua tanya kucing tu kucing aku ke?
Aku cakap bukan,,
tp tiap2 malam dia akan tidur kat depan kedai tu.,

tiba2 aku rasa ana kasihan sangat kat kucing tu
aku nak beli makanan kucing yg ada jual kat kedai tu,,
aku ingat nak bagi kucing tu makan,,

Tp,,baru je aku nak masuk kedai,,,
tiba2 ada sorang uncle cine ni,,dari jauh dia jerit,,
"Ni....Ni,,,ini mari makan sini...awak merajuk sama saya ka??",,,,
terus aku terfikir yg kucing tu uncle tu punye ke...
patut lah kucing tu manja,,

Rupanya,,korang nak tw  x,,
uncle ni cakap kucing tu merajuk ngan dia
sebab semalam uncle ni x datang bagi  makan,,sebab hujan,,
So uncle ni x dapat datang pagi tu,,
tp memang jelas kucing tu merajuk ngan dia,,
kucing tu terus jauhkan diri dari uncle tu,,,hehe,,,comel kann?

Dengan perlahan,
uncle cina ni datang dekat dengan tempat kucing tu,,
uncle ni tempang ,,
Buat pengetahuan korang semua,,
uncle ni selalu datang kedai tiap pagi,
bagi makan kat kucing tu,,,
dia kata,,kucing tu bukan dia punya pun,,
tp dia sayang sangat kat kucing tu...
bila dia datang,,
dari jauh dia akan senyum pada aku dan tanya,,
"Mana kawan saya??"
ana akan jawab,,,
"Dia tidur lagi lah uncle,,,penat dia tunggu uncle tw,,"
nanti mesti uncle tu akan gelak n minta maaf kat kucing tu..
Tengok,,kucing pun ada perasaan kan??
apa lah lagi kita sebagai manusia ni,,
x boleh lari dari perasaan..

Emm,,,,aku kagum ngn uncle cine yg tempang ni,,
tiap pagi dia sanggup datang even jauh dari rumah dia,
walaupun pada hari dia x kerja,,
aku nampak sangat kesungguhan dalam diri dia,
pada aku mungkin kesusahan yg ajar dia erti kesungguhan,,
sebab,kadang2 manusia ni x akan bersungguh-sungguh
untuk buat sesuatu bila dia senang,,
tp,,bila seseorang tu susah,,
dia akan lebih mudah untuk berdikari,,betul x??

Dalam situasi ni,,apa yg kita boleh dapat,,
Kasih sayang tu bukan untuk manusia je,,
tp,,untuk makhluk ALLAH yg lain jgk,
Lagi satu,,
kesungguhan tu penting dalam usaha kita utk dapatkan sesuatu,,
Itulah antara pengalaman dari pemerhatian aku
terhadap sekeliling..same2 kita jadikan pengajaran,,ok??
Sekian,,,,,Salam Pedoman.

wassalam.