Saturday 31 December 2011

UMMU MIHJAN BEKERJA KERANA ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM....

Zaman sekarang ni terlalu ramai graduan yang menganggur 
kerana tidak mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan..
namun,kita sedar atau tidak ?
bahawa sesungguhnya kita boleh 
melakukan apa jua pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan yang ada??
tidakkah anda tahu redha ALLAH  itu ada dimana saja?
asalkan pekerjaan yang dilakukan itu halal 
dan membawa kepada kebaikan..
jom kita tengok kisah benar srikandi islam pd zaman Nabi Muhammad 
yang sanggup berjihad di jalan ALLAH dengan pekerjaan biasa yang dilakukan oleh orang zaman sekarang..

UMUR BUKAN HALANGAN

Keikhlasan hati dan kesungguhan yang diperlukan untuk berjihad dalam Islam tidak kira dalam apa-apa jua cara sekalipun.
Seperti mana kisah wanita tua salah seorang penduduk Madinah ini yang sanggup bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Nabawi. 
Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti ini kerana dicemuh masyarakat.

Ummu Mihjan merupakan wanita berkulit hitam didalam golongan orang-orang miskin yang sentiasa mendapat perhatian Rasulullah SAW.
Menyedari dirinya yang sudah tua serta tidak berupaya, 
dia menggagahkan diri untuk berkhidmat demi ALLAH.
Oleh itu,dia membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Masjid Nabawi seperti menyapu dan membuang sampah yang berselerakan dikawasan masjid.

SENTIASA DIINGATI NABI MUHAMMAD SAW

Oleh sebab kerajinannya itu, Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengingati jasa bakti orang tua itu.
Kerja kerasnya memberikan keselesaan dan kesenangan kepada setiap umat Islam yang memasuki Masjid Nabawi. Tempat suci itu bukan saja tempat untuk mengerjakan solat, tetapi untuk berdiskusi juga.
Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat sekarang yang memilih pekerjaan, pastinya pekerjaan seumpama ini tidak ingin dilakukan kerana tarafnya rendah, gajinya sedikit..
Tetapi lain pula dengan Ummu Mihjan ini yang langsung tidak berasa malu dan merendah diri dengan apa yang dilakukan.
Baginya kewajipan terhadap agama telah dilaksanakan kerana itu sahaja ibadah pekerjaan paling maksimum 
dia boleh lakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tugasnya berkekalan hingga beliau wafat, pada saat hari sudah larut malam.
Dengan rasa penuh penghormatan, para sahabat telah membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad SAW namun ketika itu baginda sedang lena tidur.
Para sahabat sepakat untuk mempercepatkan proses pemakamannya selepas dimandikan dan disolatkan 
walaupun tanpa kehadiran kekasih ALLAH itu.
Keesokan hari, lantas Rasulullah SAW menyedari akan ketiadaan wanita tua itu 
lalu para sahabat bercerita kepada baginda perkara yang sebenar.

wassalam.

No comments:

Post a Comment